Thursday, 9 June 2016

Kata-kata hikmah

من قلّ صدقه قلّ صديقه
Barang siapa yang sedikit kejujurannya, sedikit pulalah temannya
الصبر يعين على كلّ عمل
Kesabaran itu akan menolong segala pekerjaan
العقل السليم في الجسم السليم
Akal yang sihat itu terletak pada badan yang sihat
لا تحتقر مسكينا وكن له معينا
Jangan engkau menghina orang miskin dan jadilah penolong baginya
سلامة الإنسان في حفظ اللسان
Keselamatan manusia itu terdapat dalam penjagaan lidahnya
إذا صدق العزم وضح السبيل
Jika ada kemahuan yang sungguh-sungguh, pasti terbukalah jalannya
فكّر قبل أن تعزم
Berfikirlah dahulu sebelum kamu berbuat.
عدوّ عاقل خير من صديق جاهل
Musuh yang pandai itu lebih baik daripada sahabat yang bodoh
اترك الشرّ يتركك
Tinggalkanlah kejahatan, niscaya ia (kejahatan itu) akan meninggalkanmu
ترك الجواب على الجاهل جواب
Tidak menjawab (pertanyaan) orang yang bodoh adalah suatu jawapan
ترك الجواب على الجاهل جواب
Tidak menjawab (pertanyaan) orang yang bodoh adalah suatu jawapan
لكلّ عمل ثواب ولكلّ كلام جواب
Setiap pekerjaan itu ada upahnya, dan setiap perkataan itu ada jawapannya
من أعانك على الشرّ ظلمك
Barang siapa menolongmu dalam kejahatan maka sungguh ia telah menyesatkanmu
إذا كثر المطلوب قل المساعد
Kalau banyak permintaannya maka sedikitlah penolongnya
الكلام ينفذ مالا تنفذه الإبر
Perkataan itu dapat menembus apa yang tidak boleh ditembus oleh jarum
الإسلام يعلو ولا يعلا عليه
Islam itu agama tertinggi dan tidak ada yang bisa menandinginya
الْبَطَّتَانِ وَ السُّلَحْفَاةُ

Terjemahannya: Dua ekor angsa dan kura-kura.

النَّهْرُ صَغِيْرٌ, وَ السُّلَحْفَاةُ وَاقِفَةٌ أَمَامَ النَّهْرِ تَنْظُرُ إِلَيْهِ, مَاءُ النَّهْرِ قَلِيْلٌ, وَ قَدْ جَفَّ جُزْءٌ كَبِيْرٌ مِنَ النَّهْرِ

Terjemahannya :Suatu hari di sebuah sungai kecil, ada seekor kura-kura sedang berdiri di depan sungai sedang melihat ke arah sungai, sedangkan air sungai sangat kecil, bahkan sebahagian besar dari sungai itu sudah mengering.

نَظَرَتِ السُّلَحْفَاةُ إِلَى الشَّجَرَةِ الَّتِي بِجِوَارِ النَّهْرِ, فَرَأَتْ بَطَّتَيْنِ فَوْقَ الشَّجَرَةِ

Kura-kura itu melihat ke arah pohon yang berada di samping sungai kecil, ia pun melihat dua ekor angsa sedang bertenggek di atas pohon,

فَقَالَتْ لَهُمَا: مَاذَا سَتَفْعَلَانِ بَعْدَ أَنْ جَفَّ مَاءُ النَّهْرِ ؟ فَقَالَتِ الْبَطَّتَانِ : السَّلَامُ عَلَيْكِ أَيَّتُهَا السُّلَحْفَاةُ, إِنَّنَا ذَاهِبَتَانِ إِلَى مَكَانٍ آخَرَ. فَقَالَتْ لَهُما السُّلَحْفَاةُ : إِنَّي كَالسَّفِيْنَةِ لَا أَسْتَطِيْعُ َنْ أَعِيْشَ بِدُوْنِ الْمَاءِ, خُذَانِي مَعَكُمَا بَارَكَ اللهُ فِيْكُمَا

Lalu si kura-kura berkata kepada kedua angsa tadi: Apa yang akan kamu berdua akan lakukan setelah air sungai mengering? Lalu dua ekor angsa itupun berkata: Assalamualaikum wahai kura-kura, kami berdua mahu pergi ke tempat lain. Lantas si kura-kura berkata kepada mereka: Saya ini laksana sebuah perahu/kapal yang tidak akan boleh hidup tanpa air, tolong bawa saya ikut bersama kamu berdua, semoga Allah memberkati kalian.

فَقَالَتْ الْبَطَّتَانِ : سَنَحْمِلُكَ مَعَنَا, اِقْبِضِي عَلَى وَسْطِ هَذَا الْغُصْنِ بَفَمِكَ, وَ سَنَطِيْرُ بِكَ فِي الْجَوِّ, وَإِيَّاكِ إِنْ سَمِعْتِ النَّاسَ يَتَكَلَّمُوْنَ أَنْ تَرُدِّي عَلَيْهِمْ. نَظَرَ النَّاسُ, وَ قَالُوْا : شَيْءٌ عِجِيْبٌ !! بَطَّتَانِ تَحْمِلَانِ سُلَحْفَةً

Dua ekor angsa tadi pun menjawab: Baiklah kami berdua akan membawamu, hendaklah kamu gigit di tengah ranting pohon ini dengan gigimu, lalu nanti kami akan terbang dengan menggigit dua sisi ranting pohon ini di udara, namun kamu harus hati-hati, jangan sekali-kali kamu berkata-kata walaupun satu perkataan jika ada orang / manusia yang berkata-kata sesama mereka apabila melihat kita nanti. (Mereka pun terbang, dua angsa terbang bersama seekor kura-kura tadi), manusia pun melihat kejadian aneh itu (ada seekor kura-kura diterbangkan oleh dua angsa dengan menggigit di dahan pohon), Mereka (manusia) itupun berkata: Sungguh aneh!!! ada dua angsa membawa seekor kura-kura terbang bersama sama mereka !

فَلَمَّا سَمِعَتِ السُّلَحْفَاةُ ذَلِكَ فَتَحَتْ فَمَهَا, وَ قَالَتْ : أَعْمَى اللهُ أَعْيُنَكُمْ أَيُّهَا النَّاسُ, فَلَمَّا فَتَحَتْ فَمَهَا وَقَعَتْ عَلَى الْأَرْضِ وَ مَاتَتْ

Lalu ketika si kura-kura mendengar kata-kata manusia yang melihatnya tadi, dia pun membuka mulutnya lantas berkata: Semoga Allah membuat mata-mata kamu buta wahai manusia, lalu ketika ia (si kura-kura) membuka mulutnya / berbicara ia pun jatuh ke tanah dan mati.

Pelajaran yang boleh di ambil dari cerita pendek bahasa arab ini adalah bahawasanya alangkah bagusnya jika seseorang itu sedikit dalam berkata-kata, kerana barangsiapa yang banyak bicaranya maka semakin banyak salahnya dan siapa yang sedikit bicaranya maka sedikit salahnya. Sebagaimana sabda Nabi :

من صمت نجا

Barangsiapa yang banyak diamnya maka ia selamat

Monday, 23 May 2016

عندما نعيش لنُسعد الأخرين، سيبعث الله لنا من يعيش ليسعدنا.. فما جزاء الإحسان إلاّ الأ الإحسان

"Ketika kita hidup dan membahagiakan orang lain, maka Allah akan mengutuskan seseorang untuk membahagiakan hidup kita. Kerana tidak ada balasan kebaikan kecuali dengan kebaikan juga"


Akhlak kita akan menarik simpati manusia walaupun mereka tidak mengenal kita sedikitpun

أخلاقنا ستجذب إلينا الناس وإن كانوا لا يعرفون عنا شيئاً

Monday, 9 May 2016



kadang-kadang, dengan menurunkan ego engkau boleh menyelamatkan orang lain daripada kebinasaan.




طلب العلم ,التقوى
تعليم العلم, العبادة
تكرار العلم, الذكر
إبتغاء العلم, جهاد

Sunday, 8 May 2016



Apabila matinya hati, maka hilanglah rahmat Allah..
Apabila matinya akal, maka hilanglah hikmah dan pengetahuan..
Apabila matinya "nama" maka hilanglah segala-galanya.






.الإخلاص يقبل الخطيئات وتعلم منها يخعلك القوة في الحياة





  .السعادة تبداء من نفسك
ليس بالتزوج
ليس  بالعمل
ليس بالمال
نفسك و بالله فقد




Ibu,
Ibuku orang lain melihatnya sebagai sebagai seorang wanita,
akan tetapi aku melihatnya seumpama sebuah syurga.




Pada kebiasaannya, kebahagiaan itu tidak memerlukan kepada kekayaan harta, akan tetapi memerlukan kepada keredhaan terhadap suatu perkara.

Monday, 18 April 2016

العلامة فساد القلب هى نتمتع في معصية الله و الرغب عن طاعة الله 

Sunday, 27 March 2016

Assalamualaikum.. Ini adalah blog pertama dalam hidup saya.. Suatu pengalaman yang sangat berharga kerana akhirnya saya berjaya menghasilkan sebuah blog walaupun pada asalnya ia adalah untuk subjek pengajian. Semoga dengan penggunaan blog ini pelajaran menjadi semakin menarik dan bukan sekadar bergantung kepada presentation pensyarah di dalam dewan kuliah sahaja.